Seo Services

#DUNSarawak:Tingkatkan Penyertaan Dalam Pelbagai Lapisan Keusahawanan


KUCHING : Untuk meningkatkan perkembangan ekonomi dengan menyertai cabaran keusahawanan, peluang pekerjaan dan sebagainya adalah lebih signifikan untuk meningkatkan penyertaan pelbagai lapisan bidang keusahawanan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada ucapan penggulungan Kementerianya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini berkata, kerajaan telah menyediakan platform untuk pembangunan usahawan seperti menyediakan bantuan dana yang sepatutnya dan fasiliti yang terbaik.

"Kumpulan sasaran seperti golongan muda, graduan yang menganggur, individu yang berkemahiran dan masyarakat luar bandar disaran mengambil bahagian untuk menghasilkan pendapatan yang tinggi.

"Mengetahui ianya berpotensi besar, kerajaan berusaha meningkatkan sumber pendapatan negeri dengan memperkasakan bidang keusahawanan serta memperbanyakkan penyertaan Bumiputera bandar dan luar bandar dalam bidang keusahawanan," ucapnya

Menurut beliau, kerajaan turut memastikan setiap usaha perkembangan usahawan akan dilaksanakan dengan pelbagai insiatif ini di bawah KRA. -Sarawakiana
#DUNSarawak:Tingkatkan Penyertaan Dalam Pelbagai Lapisan Keusahawanan #DUNSarawak:Tingkatkan Penyertaan Dalam Pelbagai Lapisan Keusahawanan Reviewed by Unknown on November 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.