NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 dikhuatiri maut selepas bangunan tujuh tingkat yang dalam pembinaan runtuh di kawasan Nanakramguda di Hyderabad.
Menurut pegawai Perbadanan Perbandaran Hyderabad Raya (GHMC), kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi waktu tempatan.
Pekerja terbabit dalam kerja memasang jubin dan paip apabila bangunan itu tiba-tiba runtuh.
Penduduk tempatan memberitahu pegawai GHMC lima keluarga termasuk seorang pengawal keselamatan berada dalam bangunan itu ketika ia ranap.
Pesuruhjaya GHMC, Janardhan Reddy, berkata tiada laporan mengenai kematian tetapi mangsa terselamat berkata sekurang-kurangnya 10 orang mungkin terbunuh dan yang lain terperangkap di bawah runtuhan.
Siasatan mendedahkan bangunan itu dalam fasa akhir untuk disiapkan. Pegawai mengesyaki asas bilik bawah tanah yang lemah menjadi punca kejadian.
Menteri Dalam Negeri Telangan, N Narsimha Reddy dan beberapa pemimpin lain bergegas ke lokasi yang menyaksikan usaha menyelamat giat dijalankan. - AGENSI
10 Dikhuatiri Maut Bangunan Runtuh Di Hyderabad
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:

No comments: