Seo Services

KPN sahkan PGA tumpaskan penculik


SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejayaan Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kumpulan penculik di perairan Bekapit di sini, malam tadi.

Khalid menerusi akaun Twitter berkata, selain tiga penculik yang ditembak mati, pasukan keselamatan menahan tiga suspek serta menyelamatkan seorang mangsa culik dalam kejadian berkenaan.


"Syabas Tiger Platoon PGA @PDRMsia tumpaskan 3 org (orang) dan tkap (tangkap) 3 org penculik dan selamatkan 1 mangsa culik di Bakapit, Semporna. #GoPDRMGo," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, seorang anggota PGA cedera pada bahagian kaki dipercayai terkena tembakan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun dijadual mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, pagi ini.-HM
KPN sahkan PGA tumpaskan penculik KPN sahkan PGA tumpaskan penculik Reviewed by Unknown on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.