Seo Services

11 Sekolah Uzur Sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Dinaiktaraf


MIRI: Sebanyak 11 sekolah rendah uzur sepanjang projek Lebuh Raya Pan Borneo akan dinaik taraf syarikat kontraktor sebagai antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat setempat.

Kerja membaik pulih itu tanda komited syarikat membantu kerajaan negeri menyediakan tempat pembelajaran selesa untuk pelajar khasnya di kawasan luar bandar.

Manakala 11 syarikat kontraktor telah menyerahkan surat komitmen membantu sekolah tersebut pada majlis pelancaran lapan pakej Pan Borneo di Eastwood Valley Golf and Country Club semalam.

Penyerahan surat disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sebelas sekolah terpilih ialah SK Paon Temaga di Lundu, SK Puak di Bau, SK Kepayang di Simunjan, SK Pangkalan Sorah di Serian, SK Kampung Buda di Spaoh Betong, SK Engkabang di Saratok, SK Nanga Merurun di Julau, SK Sungai Buloh di Selangau, SK Sungai Setulan di Bintulu, SK Ulu Meradong di Meradong dan SK Kampung Bulau di Subis.

Sekolah dikenal pasti berada dalam kondisi perlu dibaik pulih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Kini terdapat 380 sekolah di Sarawak dalam keadaan uzur dan memerlukan perhatian dan pembaikan.

SK Kampung Buda mengalami kerosakan 80 peratus akibat tanah runtuh pada Jun lalu terpilih sebagai Sekolah Angkat.

Komitmen untuk projek ini terlaksana menerusi inisiatif Pan Borneo Highway Sarawak’s Project Delivery Partner (PDP), Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sebagai memenuhi permintaan kerajaan negeri untuk menaik taraf sekolah-sekolah tersebut.-UB
11 Sekolah Uzur Sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Dinaiktaraf 11 Sekolah Uzur Sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Dinaiktaraf Reviewed by Unknown on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.