SIBU: Seramai empat pegawai dan 37 anggota Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Trafik, Narkotik, Unit Peronda dan Balai Polis Sibu Jaya terlibat dalam Ops Lumba Haram diketuai Ketua Polis Balai Sibu Jaya ASP Johnson Nuing, malam kelmarin.
Operasi itu bermula jam 7 malam hingga jam 10 malam dan lokasi operasi di sekitar kawasan Jalan Airport, Jambatan Durin, kawasan pasar dan perumahan Sibu Jaya.
Pada operasi itu, anggota terlibat telah memeriksa seramai 59 orang manakala jumlah kenderaan yang diperiksa ialah sebanyak 50 buah.
Sebanyak 31 saman terdiri daripada pelbagai jenis kesalahan tiada lesen memandu dan mengubah suai kenderaan telah dikeluarkan.
Sementara itu, pada operasi itu hanya seorang ditangkap kerana disyaki positif dadah.
Sebanyak 21 kenderaan turut dibawa ke balai untuk ditahan bagi disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitenden Martin Koo ketika dihubungi semalam telah mengesahkan operasi tersebut.-UB
Seorang Positif Dadah, 31 Saman Dikeluarkan
Reviewed by Unknown
on
December 19, 2016
Rating:
No comments: