JAKARTA: Seramai 13 orang terbunuh selepas sebuah pesawat pengangkut tentera udara Indonesia terhempas di kawasan pergunungan, semasa latihan di rantau pedalaman Papua, kata seorang pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat hari ini.
Pesawat Hercules C130 itu berlepas dari bandar Timika sebelum terhempas berhampiran destinasinya, Wamena pada kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan, kata pengarah operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Ivan Ahmad Riski Titus.
Lokasi nahas di gunung Lisuwa berjaya ditemui dan mayat mangsa sudah dibawa pulang ke Wamena, katanya.
Pengangkutan udara sering digunakan di kawasan pedalaman dan pergunungan Papua di wilayah timur Indonesia, memandangkan laluan darat yang agak mustahil.
Indonesia mempunyai rekod keselamatan udara yang kurang baik dan Presiden Joko Widodo berjanji akan menilai semula prasarana armada tentera udara negara itu yang semakin uzur tahun lalu selepas sebuah pesawat pengangkut tentera terhempas, membunuh lebih daripada 100 orang. - Reuters
13 Terbunuh, Pesawat TNI Terhempas Di Papua
Reviewed by uMieySurianie
on
December 18, 2016
Rating:
No comments: