KUCHING: Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2016 akan bermula dari 19 hingga 28 Disember dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Sebanyak 18 jenis barangan terkawal dikuatkuasakan di bawah skim tersebut yang mana perayaan Krismas akan disambut pada 25 Disember.
Barangan harga terkawal di bawah skim tersebut merangkumi ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing/biri-biri import bertulang, daging kambing/biri-biri import tanpa tulang (tidak termasuk paha) dan daging paha kambing biri-biri import bertulang.
Telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup, daging babi serta daging babi (daging dan lemak) turut tersenari sebagai barangan terkawal di bawah skim tersebut.
Harga maksimum ditentukan bagi 18 barangan harga terkawal di 89 daerah/kawasan di Semenanjung Malaysia, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNN) akan mendapatkan kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Jabatan Sularelawan Malaysia (RELA), skuad pengguna dan ketua masyarakat untuk membantu kementerian dalam memantau serta memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim berkenaan.-Sarawakiana
18 Barangan Terkawal Dipantau Bermula 19 Disember
Reviewed by Unknown
on
December 19, 2016
Rating:
No comments: