Seo Services

Jangan Duduk Atas Bantal, Nanti Tumbuh Bisul



Pantang larang dahulu banyak memberi pengajaran serta mendidik masyarakat agar lebih bersikap bersopan dan ia sesuai dengan budaya masyarakat timur yang mempunyai perwatakan yang penuh dengan adab yang baik.

Pantang larang tersebut memberi amaran kepada masyarakat agar lebih bersopan dan menghormati segala bentuk perkara yang menampakkan sikap kurang ajar di hadapan tetamu. Maka terciptalah bentuk pantang larang yang memberi kebaikan yang perlu diamalkan oleh masyarakat.

Sebagai contoh sikap yang suka duduk di atas bantal yang digunakan sebagai alas kepala ketika tidur. Kepala adalah sesuatu yang klasifikasi sebagai bahagian tubuh badan yang begitu penting dan perlu dihormati oleh masyarakat dahulu. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kepala akan menjadi benda yang tidak boleh dibuat sesuka hati.

Bantal umpamanya adalah benda yang harus dihormati statusnya kerana ia menjadi tempat kepala di alas. Sudah semestinya tidak boleh di jadikan tempat duduk kerana punggung adalah terletak jauh di bawah kepala dan berperanan sebagai pengeluar bahan yang jijik seperti najis.

Sebab itu masyarakat dulu mengeluarkan pantang larang supaya tidak duduk atas bantal. Jika duduk atas bantal, maka akan tumbuh bisul di punggung bagi memperingati masyarakat agar mengelak melakukan perkara sedemikian rupa di samping ia tidak elok dipandang mata.

Tetapi adakalanya perkara tersebut memang terjadi jika melanggar pantang larang tersebut. Tidak salah untuk masyarakat mengikuti pantang larang tersebut kerana ia lebih membentuk keperibadian yang elok untuk masyarakat.-Sarawakiana
Jangan Duduk Atas Bantal, Nanti Tumbuh Bisul Jangan Duduk Atas Bantal, Nanti Tumbuh Bisul Reviewed by Unknown on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.