Seo Services

2 Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM350,000


JOHOR BAHRU: Dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun ditahan, manakala dadah bernilai RM350,000 dirampas dalam operasi khas di Pasir Gudang dan Masai kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor Asisten Komisioner Lucas Aket berkata, suspek ditahan pada jam 8.50 malam di kawasan Lebuhraya Pasir Gudang.

Berikutan itu katanya, polis menyerbu rumah di Masai diserbu sebelum menemui pelbagai serbuk dadah dan pelbagai peralatan untuk memproses dadah.

"Pemeriksaan di rumah berkenaan menemui 3.5 kilogram serbuk disyaki ekstasi, 0.99 gram dadah disyaki syabu, 9.25 gram disyaki ganja dan peralatan memproses dadah ekstasi," katanya pada sidang media hari ini.

Lucas berkata, semua rampasan dianggarkan bernilai RM350,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 26 Disember ini untuk siasatan lanjut.-myMetro
2 Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM350,000 2 Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM350,000 Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.