Seo Services

2 Motosikal Bertembung, 2 Remaja Maut


ALOR SETAR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Kampung Matang Kong, Jalan Gunung Keriang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi, mangsa, Mohamad Aqib Naim Safari, 15, dan Mohd Arieff Haiqal Md Desa, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu yang membabitkan sebuah motosikal Modenas Kriss dengan sebuah lagi motosikal jenis SYM E-Bonus di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Mohd Aqil Naim dari arah Sungai Korok menghala ke Pantai Johor manakala motosikal Mohd Arieff Haiqal pula ditunggang dari arah Pantai Johor menghala ke Sungai Korok.

"Sebaik tiba sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi Mohd Arieff Haiqal dikatakan memotong sebuah motosikal yang berada di hadapannya lalu bertembung dengan motosikal seorang lagi mangsa yang datang dari arah bertentangan.

"Berikutan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan yang parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mohd Rozi berkata, siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa tidak memiliki lesen memandu.

Jenazah kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat.-myMetro
2 Motosikal Bertembung, 2 Remaja Maut 2 Motosikal Bertembung, 2 Remaja Maut Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.