Seo Services

Nak Mandikan Jamal, "Ratu Naga" Dimandikan Air Najis


Kehadiran Syarul Ema Rena Abu Samah yang terkenal dengan gelaran Ratu Naga ke rumah Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini disambut dengan ‘mandian’ air longkang bercampur najis dan telur busuk.

Kekecohan berlaku apabila Ratu Naga hadir untuk mengejek Datuk Jamal dengan membawa sebotol air kononnya untuk membantu memandikan Jamal, yang dikatakan sudah empat hari ketiadaan bekalan air di rumahnya.

Ejekan yang dilakukan Ratu Naga yang juga ahli PKR itu untuk memandikan Jamal akhirnya memakan diri apabila beliau dimandikan dengan air longkang bercampur najis oleh orang ramai yang berada di situ.

Datuk Jamal dipetik Sinar Harian berkata, jiran-jirannya yang melihat situasi itu kemudiannya bertindak 'memandikan' Ratu Naga dengan air longkang dan najis.

"Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.

"Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah," katanya. - Sarawakiana



Nak Mandikan Jamal, "Ratu Naga" Dimandikan Air Najis Nak Mandikan Jamal, "Ratu Naga" Dimandikan Air Najis Reviewed by Admin on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.