Seo Services

Ceroboh Rumah: Audi, Fairlady Ditinggalkan


KAJANG: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas menceroboh rumah Ketua MCA Hulu Langat dalam kejadian di Jalan Bendahara, Bandar Mahkota Cheras, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suspek datang ke rumah mangsa memandu kereta Audi berwarna putih dan merempuh pagar rumah serta sebuah kereta milik mangsa sebelum melarikan diri menaiki teksi.

Suspek kemudiannya kembali ke rumah berkenaan menaiki sebuah lagi kereta Nissan Fairlady sebelum meninggalkan kenderaan itu di tepi rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berjaya dikenalpasti hasil penemuan empat cap jari yang ditemui pada kedua-dua kenderaan yang dipandunya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti motif kejadian dan pemeriksaan awal suspek didapati positif dadah serta mempunyai dua rekod jenayah lampau.-myMetro
Ceroboh Rumah: Audi, Fairlady Ditinggalkan Ceroboh Rumah: Audi, Fairlady Ditinggalkan Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.