Seo Services

2 Penyamun Warga Asing Dicekup


BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki ditahan orang ramai selepas menyamun pekerja warga asing di sebuah rumah di Taman Perwira, Bukit Tengah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek ditahan oleh penduduk taman berkenaan yang terdengar bunyi bising di rumah sewa didiami mangsa.

Difahamkan, kedua-dua suspek berkenaan bersenjatakan pisau pemotong daging dan tukul selain menyamar sebagai polis ketika datang ke rumah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek datang dengan menunggang motosikal sebelum memperkenalkan diri sebagai polis.

"Suspek mengambil alat pengecas telefon bimbit dan jam tangan milik mangsa sebelum berlaku pergelutan di dalam rumah.

"Jiran yang terdengar bunyi bising di rumah berkenaan menyedari kejadian sebelum menahan suspek ," katanya.-myMetro
2 Penyamun Warga Asing Dicekup 2 Penyamun Warga Asing Dicekup Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.