Seo Services

Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud, Tiada Amaran Tsunami


JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Aceh di utara Sumatera, Indonesia awal pagi Rabu namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004.

Dalam penilaian awal, USGS memberitahu, gempa terbaru itu tidak membawa kemungkinan kemalangan jiwa ataupun kemusnahan harta benda.

Pada Jun lalu, gempa berukuramn 6.5 magnitud berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan mencederakan lapan orang.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat pertembungan plat tektonik.- Agensi
Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud, Tiada Amaran Tsunami Aceh Dilanda Gempa Bumi 6.4 Magnitud, Tiada Amaran Tsunami Reviewed by uMieySurianie on December 07, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.