Seo Services

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Tanjung Sedili


KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan Tanjung Sedili, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, bot yang membawa 23 anak kapal warga Vietnam itu bertindak melarikan diri sebelum dikejar bot APMM hampir 30 minit di kedudukan kira-kira 21 batu nautika tenggara Tanjung Sedili.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Tanjung Sedili, Sanifah Yusof, berkata pihaknya segera menjalankan operasi sejurus menerima maklumat mengenai bot nelayan berkenaan yang menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram.

"Sebaik menerima maklumat hasil perkongsian bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (MAWILLA 1) dan komuniti nelayan pada jam 11 pagi semalam, sebuah bot ronda maritim bersama sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati bot berkenaan membawa muatan kira-kira 28 tan ikan pelbagai jenis, lima tan ikan baja dan 700 kilogram sotong kering," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sanifah berkata, bot nelayan Vietnam yang bernombor pendaftaran KG 90594 TS itu membawa 23 anak kapal termasuk tekong berusia 18 hingga 51 tahun.

"Bot berkenaan ditunda ke Jeti Maritim Tanjung Sedili, dekat sini, untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985.

"Jika sabit kesalahan, anak kapal boleh didenda RM100,000 setiap seorang, manakala tekong atau nakhoda akan didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga dua tahun," katanya.-BH
APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Tanjung Sedili APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Tanjung Sedili   Reviewed by Unknown on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.