Seo Services

Aram Ngupi : Sepakat Membawa Berkat



Hari Jumaat hari besar bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di mana-mana masjid yang ada di seluruh Sarawak.

Namun yang menariknya bila menyentuh tentang solat Jumaat di masjid yang berada di dalam bandar yang majoriti penduduknya didiami penduduk yang bukan beragama Islam.

Selesai solat Jumaat, sudah pasti mencari lokasi untuk minum kopi 'O' panas kurang gula.

Lokasi gerai makanan Melayu BDC menjadi pilihan kerana ia berhampiran masjid di kawasan BDC Kuching.

Penulis melihat perjalanan aliran trafik di kawasan Masjid BDC berjalan lancar sebelum solat Jumaat sehingga selesai.

Apa yang menarik ialah tugas mengawal aliran trafik dikendalian oleh dua anggota rela yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi supaya perjalanan kenderaan lancar.

Tugas tersebut dilakukan oleh dua anggota rela yang bukan beragama Islam serta memudahkan dan melancarkan perjalanan umat Islam yang hendak menunaikan solat.

Dengan tekun mereka berdua mengawal pergerakan trafik agar umat Islam mudah meletak kenderaan dan perjalanan tidak tersekat oleh kesesakan jalanraya.

Inilah kehidupan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak. Masyarakat bukan Islam akan membantu dan memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat manakala masyarakat Islam juga membantu mengawal aliran trafik agar masyarakat berugama lain lancar melakukan upacara agama mereka.

Jelaslah apabila masyarakat berbilang kaum dan agama sepakat dalam segala hal yang hasilnya membawa manfaat kepada masyarakat itu sendiri. Sarawak contoh terbaik dalam amalan 1Malaysia yang terbukti telah berjaya membina negeri dalam keadaan stabil dan aman.-Sarawakiana
Aram Ngupi : Sepakat Membawa Berkat Aram Ngupi : Sepakat Membawa Berkat Reviewed by Unknown on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.