Seo Services

IPP Malaysia Meningkat 4.2 Peratus Pada Oktober

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia tumbuh 4.2 peratus pada Oktober 2016 berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata peningkatan itu didorong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam tiga indeks - Pembuatan (4.2 peratus), perlombongan (3.5 peratus) dan Elektrik (6.9 peratus).

Keluaran sektor pembuatan berkembang 4.2 peratus pada Oktober selepas mencatatkan peningkatan 4.0 peratus pada September 2016.

Subsektor utama yang mencatatkan pertumbuhan pada Oktober ialah produk peralatan elektik dan elektronik (8.0 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.7 peratus); produk meneral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (4.0 peratus).

"Pertumbuhan pada Oktober disokong oleh peningkatan indeks minyak mentah (2.7 peratus) dan indeks gas asli (4.4 peratus)," katanya.

Keluaran sektor elektik berkembang kukuh sebanyak 6.9 peratus pada Oktober selepas mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus pada bulan sebelumnya.

IPP pada September dikemas kini daripada 3.2 peratus kepada 3.1 peratus susulan semakan semula indeks perlombongan, katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, jabatan itu berkata jualan sektor pembuatan pada Oktober bernilai RM59.7 bilion, peningkatan 1.9 peratus atau RM1.1 bilion tahun ke tahun daripada RM58.6 bilion. - BERNAMA
IPP Malaysia Meningkat 4.2 Peratus Pada Oktober IPP Malaysia Meningkat 4.2 Peratus Pada Oktober Reviewed by Azmin on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.