KAZAKSTAN: Seorang bayi perempuan maut selepas terkena renjatan elektrik wayar pengecas telefon yang ditinggalkan ibu bapanya.
Menurut laporan Mirror UK, bayi tersebut bermain dengan wayar pengecas tersebut yang berada dalam tidak elok ketika ibu bapanya sedang tidur.
Selepas ibu bapanya terjaga, bayi tersebut didapati sudah meninggal dunia dan terdapat kesan terbakar di bahagian tangan mangsa.
Doktor yang memeriksa mangsa mengesahkan bayi malang berkenaan maut akibat renjatan elektrik.
Seorang ahli keluarga mangsa mengatakan bayi berkenaan meletakkan wayar tersebut di bahagian mulut dan mengunyahnya.
Ia mengakibatkan kulit wayar tersebut terkoyak dan mengeluarkan renjatan elektrik.
Seorang jururawat yang memeriksa mangsa telah memuatnaik foto tangan bayi berkenaan hampir terbakar akibat renjatan elektrik ke laman sosial.
"Jangan tinggalkan bayi anda bermain atau berdekatan wayar pengecas telefon," kata jururawat tersebut.- SH
Bayi Maut Terkunyah Wayar Pengecas Telefon
Reviewed by uMieySurianie
on
December 08, 2016
Rating:
No comments: