KAMPALA : Sekurang-kurangnya 30 orang termasuk beberapa pemain sebuah kelab bola sepak tempatan serta peminat dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki karam di Tasik Albert, Uganda semalam, kata polis.
Komander polis, John Rutagira berkata, ketika kejadian, sebahagian daripada 45 penumpang bot itu sedang berparti dan menari dalam keadaan mabuk.
“Cuaca ketika itu juga dilaporkan tenang,” katanya yang memberitahu, kira-kira 15 lagi penumpang berjaya diselamatkan dengan bantuan nelayan tempatan.
Ini kali kedua kejadian bom karam berlaku di Uganda dalam masa tiga hari selepas 20 penumpang dilaporkan lemas di Tasik Victoria. - AFP
Bot Karam: 30 Dikhuatiri Lemas Di Uganda
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:

No comments: