Pekan Bau yang hanya mengambil masa setengah jam perjalanan dari Banda Raya Kuching mempunyai tempat pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Antaranya ialah Gua Angin yang hanya lima belas minit perjalanan dari Pekan Bau yang 'menyimpan' gua batu kapur yang unik serta keindahan alam fauna yang menarik dan menenangkan.
Pelancong perlu mendaftar di pintu masuk terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan serta boleh menyewa kelengkapan yang perlu untuk masuk ke dalam gua.
Terdapat tiga pintu masuk ke dalam gua dan laluan di dalam berhubung antara satu sama lain. Trek laluan dibina dengan penuh ciri-ciri keselamatan tetapi perlu diingat bahawa laluan tersebut licin dan perlu berhati-hati.
Laluan trek tersebut menjangkau 20 meter hingga 120 meter untuk pelancong dan pada masa sama boleh menikmati keindahan formasi-formasi yang unik serta indah dipandang mata.
Terdapat juga kehidupan fauna yang jarang dilihat serta kehidupan haiwan mungkin asing bagi yang belum pernah melihat.
Aliran air di denak-denak kecil yang terdapat di dalam gua melembabkan keadaan suhu dan menyamankan.
Bagi yang merancang untuk melancong dalam negeri, pastikan Gua Angin adalah destinasi utama anda.-Sarawakiana
Gua Angin Destinasi Pelancongan Menarik Di Bau
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:




No comments: