ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki semalammenahan seorang pengurus kafeteria milik akhbar propembangkang negara itu, Cumhuriyet kerana didakwa menghina Presiden negara itu, Recep Tayyip Erdogan.
Senol Buran yang menguruskan kafeteria di ibu pejabat Cumhuriyet di sini ditahan selepas polis menyerbu rumahnya lewat petang kelmarin.
Salah seorang peguam Buran kemudian memberitahu, Buran pernah memaklumkan sebelum ini bahawa dia tidak akan menghidangkan teh kepada Erdogan.
Menghina seorang Presiden dianggap perbuatan jenayah di Turki dan mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga empat tahun. - REUTERS
Pengurus Kafe Ditahan Hina Erdogan
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:

No comments: