Seo Services

Bukan Tidak Laku Tetapi Minat


SUDAH lama tidak muncul dalam mana-mana drama terbaharu televisyen, tup-tup muncul perkhabaran menyatakan pelakon Norish Karman kini menjadi pembaca berita di saluran Bernama News Channel.

Mengakui hal itu, Norish atau nama sebenarnya, Nor’asikin Karman, 42, memberitahu dia sudah pun berkhidmat dengan saluran itu sejak beberapa bulan lalu.

Pada masa yang sama, Norish, menafikan bahawa keputusan itu dibuat kerana dia sudah tidak mendapat tawaran sebaliknya memberitahu, menjadi pembaca berita merupakan minatnya.

“Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi saya pernah bertugas sebagai pembaca berita ketika berusia 18 tahun di Singapura.

“Bidang penyiaran sentiasa berada dekat dihati saya dan kembalinya saya sebagai pembaca berita di BNC bukan kerana kerjaya lakonan sudah malap tetapi kerana minat.

“Saya mahu lakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya dan Alhamdulillah BNC membuka peluang kepada saya,” katanya kepada mStar Online.

Jelasnya, dia sendiri yang menghantar resume bagi jawatan tersebut dan tidak tidak menyangka permohonannya itu akan diterima.

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Norish memberitahu, pihak BNC tidak menghalangnya namun perlu menjaga nama baik syarikat.

Dalam perkembangan lain, Norish bakal kembali memasuki set penggambaran sebuah drama 60 episod tidak lama lagi.-mstaronline

Bukan Tidak Laku Tetapi Minat Bukan Tidak Laku Tetapi Minat Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.