Seo Services

Rogol & Liwat Anak Saudara


KOTA BHARU: Pegawai operasi hospital didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan meliwat dua anak saudara perempuannya pada Februari dan Jun lalu.

Tertuduh berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa meliwat seorang anak saudara berusia 11 tahun dua bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Jalan Bayam, di sini, jam 9 malam, bulan Februari 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa merogol seorang lagi anak saudaranya berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Bukit Marak, jam 7.45 malam, bulan Jun 2016.

Kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Mohd Yusoff.

Mahkamah menetapkan 29 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.-myMetro
Rogol & Liwat Anak Saudara Rogol & Liwat Anak Saudara Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.