Seo Services

ASNB Umum Agihan Pendapatan

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Pada masa yang sama, ASNB turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN)untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, lebih sembilan juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 143 bilion unit ASB akan menikmati pengagihan pendapatan berjumlah kira-kira RM9.78 bilion dan pengagihan bonus berjumlah RM500.40 juta.

"Sementara bagi ASN pula, jumlah pengagihan sebanyak RM92.86 juta ini akan dimanfaatkan oleh lebih 1.2 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 1.85 bilion unit ASN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada sesi taklimat media mengenai pengumuman pengagihan pendapatan ASB dan ASN di sini hari ini.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017.

Manalala pembayaran pengagaihan pendapatan bagi ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit juga pada 1 Januari 2017. - K! ONLINE



ASNB Umum Agihan Pendapatan ASNB Umum Agihan Pendapatan Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.