Seo Services

(VIDEO) Rani Kulup Tampil Aksi Mandi “Masalah Air”



Masalah gangguan bekalan air di negeri Selangor mencetus berbagai aksi dan kreativiti dari ahli politik serta pengguna media sosial.

Abdul Rani Kulup yang dianggap sebagai selebriti media sosial, terkenal dengan pakaian dan aksesorinya kali ini tampil tanpa berbaju dengan hos ditangan.

Beliau tampil dengan aksi mencuit hati,  dengan gembira memberitahu air sudah kembali.

“Dah ada air dah, dah ada air, syukur Alhamdulillah.

“keep it up, don’t give up, air dah ada.. air dah ada,” katanya menerusi video yang berdurasi 37 saat.

Semalam Datuk Jamal Yunus tampil bertuala di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor untuk menumpang mandi di pejabat Menteri Besar.

Terbaharu, Ratu Naga bertandang ke rumah Datuk Jamal membawa sebotol air kononnya untuk memandikan Jamal yang dikatakan tidak mandi selama empat hari berikutan ketiadaan bekalan air.

Malang bagi Ratu Naga, provokasi yang dilancarkan akhirnya menjerut dirinya sendiri apabila disambut dengan mandian air bercampur najis oleh pengikut Datuk Jamal. - Sarawakiana
(VIDEO) Rani Kulup Tampil Aksi Mandi “Masalah Air” (VIDEO) Rani Kulup Tampil Aksi Mandi “Masalah Air” Reviewed by Admin on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.