MASSACHUSETTS (AMERIKA SYARIKAT): Seorang remaja menikam rakannya sebelum memenggal kepala dan mengerat kedua-dua lengan lelaki itu sebelum mengakui perbuatannya beberapa hari selepas kejadian itu, apabila mayat mangsa ditemui di dalam sungai.
Mathew Borges, 15, didakwa sebagai pesalah dewasa atas tuduhan membunuh Lee Manuel Viloria-Paulino, 16, malah bedah siasat mengambil masa 11 jam disebabkan kecacatan teruk pada mayat mangsa.
Mayat mangsa yang tidak berkepala ditemui di dalam sungai, Khamis lalu, oleh orang awam.
Menurut polis, Borges dan Viloria-Paulino melepak di Sungai Merrimack di mana mayat mangsa kemudian ditemui.
Borges mengaku melakukan ‘sesuatu yang buruk’ iaitu menikam dan memenggal kepala rakannya itu, selain mengaku mereka ada menghisap ganja sebelum kejadian.
Sementara itu, seorang rakan yang menyifatkan Borges dan Viloria-Paulino sebagai sahabat baik berkata, tertuduh langsung tidak menunjukkan reaksi ketika semua orang bercerita mengenai sesuatu yang terjadi kepada mangsa.
“Memang pelik kerana logiknya, dia sepatutnya menunjukkan kesedihan disebabkan mereka memang sahabat akrab.
“Borges memang banyak menimbulkan masalah di sekolah,” katanya.
Bagaimanapun, seorang lagi rakan sekelas menyifatkan Borges sebagai pelajar bijak dan berbudi bahasa serta banyak membantunya dalam pelajaran.-Agensi
Bunuh Sahabat Sendiri Secara Kejam
Reviewed by Unknown
on
December 08, 2016
Rating:
No comments: