KUCHING: Kampung Segedup dan Kampung Sungai Maong masing-masing menerima peruntukan berjumlah RM1.4 juta serta RM600,000 untuk projek pembinaan parit konkrit, penurapan jalan, penambahan lampu jalan selain pembinaan jalan.
Peruntukan tersebut akan disalurkan menerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP).
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, penduduk dua kampung tersebut juga harus bersedia menjadi sebahagian daripada kawasan bandar apabila jambatan dari E-Mart Matang ke Sungai Maong siap.
"Kampung Segedup dan Kampung Sungai Maong akan dihubungkan dengan jalan baharu untuk memastikan kedua-dua kampung ini bersedia menerima pembangunan.
"Dengan siapnya jambatan baharu itu nanti, Kampung Segedup dan Sungai Maong akan menjadi sebahagian daripada kawasan Matang," katanya pada Majlis Penyerahan Bot di Kampung Segedup, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi menjelaskan, peruntukan yang lebih banyak akan diusahakan pada masa akan datang.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi menjelaskan, peruntukan yang lebih banyak akan diusahakan pada masa akan datang.
"Oleh itu, peruntukan tambahan juga telah dipohon untuk mempercepatkan pembangunan Kampung Segedup dan Kampung Sungai Maong agar tidak ketinggalan.
"Bagi projek jangka panjang, pihak kementerian dengan kerjasama pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah mengenalpasti kawasan di pinggir Kampung Sungai Maong untuk membangunkan projek rumah mampu milik di kawasan tersebut," ujarnya.
Kampung Segedup, Sungai Maong Dapat Durian Runtuh
Reviewed by Azmin
on
December 08, 2016
Rating:
No comments: