Seo Services

Cubaan Samun Gagal, Suspek Dicekup Orang Ramai


PETALING JAYA: Tindakan pantas orang awam ke atas kejadian samun di Kampung Kedah, Parit Buntar di Perak pada Selasa, menyaksikan dua suspek berjaya ditahan selepas melakukan kegiatan jenayah tersebut.

Menurut laporan laman sosial Facebook Info Roadblock Jpj/Polis, dua lagi suspek dapat meloloskan diri di kawasan semak berhampiran dan motosikal suspek ditinggalkan di kawasan kejadian.

Berdasarkan gambar yang dikongsi dalam laman Facebook itu, kelihatan seorang suspek ditahan oleh orang ramai termasuk polis berpakaian preman di kawasan sawah.

Selain itu, terdapat juga gambar menunjukkan sebuah kereta jenis Honda mengalami kerosakan, dipercayai akibat melanggar motosikal yang dinaiki suspek.

Tiada butiran lanjut diberikan berhubung kejadian tersebut termasuk maklumat tentang mangsa dan jumlah suspek yang terlibat.-mStar
Cubaan Samun Gagal, Suspek Dicekup Orang Ramai Cubaan Samun Gagal, Suspek Dicekup Orang Ramai Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.