Seo Services

'Darah Aleppo' di tangan Assad, Russia, Iran - Obama

Image result for barack obama
WASHINGTON: Presiden Barack Obama hari ini mengisytiharkan rejim Syria, Bashar al-Assad, Iran dan Russia bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Aleppo dan menegaskan tiada apa yang boleh dilakukan Washington untuk menghentikan peperangan itu.

Susulan itu, Obama memberi amaran kepada Assad, yang menggerakkan peperangan saudara menentang tentera pemberontak sejak tahun 2011, bahawa dia tidak mampu 'mewajarkan penyembelihan' yang berlaku.

"Dunia bersatu dalam soal menentang kekejaman yang dilakukan rejim Syria dan sekutunya, Russia dan Iran di bumi Aleppo," katanya dalam sidang media sempena menjelang berakhirnya tahun ini.

"Darah daripada kekejaman peperangan ini ada di dalam tangan mereka," katanya. Obama juga mengakui kepada pemberita bahawa dia juga menyoal dirinya sama ada Amerika Syarikat bertindak secukupnya untuk menghentikan konflik berkenaan.

"Terdapat di merata dunia keadaan yang menakutkan sedang berlaku dan kerana pentadbiran saya, kerana saya Presiden Amerika, saya rasa bertanggungjawab.

"Sekiranya ada sesuatu yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan nyawa dan membuat perubahan dan menyelamatkan sebahagian kanak-kanak yang tidak sepatutnya menanggung penderitaan ini," katanya. - AFP
'Darah Aleppo' di tangan Assad, Russia, Iran - Obama 'Darah Aleppo' di tangan Assad, Russia, Iran - Obama Reviewed by Azmin on December 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.