Seo Services

DBKU Ada Bangunan Baharu Bernilai RM17 Juta


KUCHING: Bangunan cawangan baharu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang bernilai RM17 juta dijangka akan mula dibina awal tahun depan.

Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pihaknya juga menyasarkan tempoh setahun penyiapan bangunan tersebut.

“DBKU turut menjadualkan 14 Januari (2017) sebagai tarikh berlangsungnya simbolik pecah tanah (penanaman cerucuk) bagi tujuan pembinaan bangunan cawangan baharu itu.

“Selepas itu, baharulah dijangka pembinaan itu dimula-kan dan dianggarkan tempoh setahun untuk ia siap dibina secara keseluruhannya,” kata-nya ketika dihubungi pem-berita semalam.

Katanya dengan adanya cawangan baharu itu kelak, ia akan memudahkan urusan penyampaian serta mendapat-kan perkhidmatan DBKU.

Menjelas lanjut mengenai keistimewaan cawangan baharu itu, katanya sistem pusat sehenti pandu lalu mengikut konsep restoran makanan segera sedia ada akan diper-kenalkan kepada orang ramai yang mahu berurusan seperti membayar kompaun atau cukai pintu dan sebagainya.

“Ini jelas sekali akan me-mudahkan orang awam yang mahu membuat pembayaran dan sebagainya.

“Selain menjimatkan masa, orang ramai yang berurusan dengan pihak DBKU juga tidak perlu bersusah payah meletakkan kenderaan mereka sebaliknya terus ke bahagian kaunter pandu lalu dan menjalankan urusan ma-sing-masing,” jelasnya.

Cawangan baharu DBKU terletak di Jalan Depo, Depo DBKU di sini, dengan keluasan tanah 6.46 hektar menggantikan bangunan lama sedia ada, akan dibina dengan enam komponen kemudahan.

Ia termasuk blok pentadbiran lima tingkat dengan bilik Internet utama bagi menempatkan Jabatan Tek-nologi Maklumat, galeri dan blok kaunter tempatan, taman landskap, ruang letak kenderaan, padang futsal dan padang bola sepak.

Selain itu, rekaan bangunan itu nanti juga adalah berdasarkan rekaan moden yang memaksikmumkan penggunaan ruang pejabat selain mesra pengguna terutama kepada pelanggan orang kurang upaya (OKU).

Terdahulu ketika memberi ucapan pendahuluan pada majlis perasmian Minggu Integriti dan Inovasi serta Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerja DBKU, Abang Abdul Wahap berkesempatan melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas peruntukan untuk membina bangunan cawangan baharu itu.

Katanya, ia juga diibaratkan seperti mimpi menjadi nyata terutama kepada barisan warga perintis DBKU.-UB
DBKU Ada Bangunan Baharu Bernilai RM17 Juta DBKU Ada Bangunan Baharu Bernilai RM17 Juta Reviewed by Unknown on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.