Seo Services

Premis Judi Siber Terus Digempur, 10 Individu Ditangkap


LAWAS: Kegiatan judi siber terus dibanteras di sini dan Limbang dengan operasi Ops Dadu dilancarkan petang kelmarin dan semalam.

Di sini, keseronokan sepuluh individu bermain judi siber tidak berpanjangan apabila kesemua mereka dicekup polis dalam serbuan Ops Dadu di dua premis perjudian di bandar ini, petang kelmarin.

Serbuan pertama yang dilancarkan pada jam 2.20 petang berjaya menahan empat lelaki dan dua wanita ketika berada di premis berkenaan dipercayai sedang bermain judi siber.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sejumlah 20 unit komputer pelbagai jenama, satu unit komputer kawalan utama, unit modem, unit D-Link dan wang tunai bernilai RM385 telah dirampas.

Jelasnya, polis turut menahan empat lelaki sedang leka dipercayai bermain mesin judi di sebuah lagi premis perjudian tidak bernombor di bandar ini sekitar jam 2.50 petang.

“Pelbagai peralatan dirampas termasuk empat mesin disyaki perjudian, tujuh unit ‘keypoint’ dan sejumlah wang tunai bernilai RM540,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, kedua-dua premis yang terlibat dalam Ops Dadu itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 4B(a)Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Lawas dan Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuching.

Sementara itu di Limbang, tiga lelaki sedang asyik bermain judi siber tergamam apabila premis perniagaan di Jalan Buangisul diserbu dalam operasi Ops Dadu tengah hari semalam.

Dalam operasi sekitar jam 12.30 tengah hari itu, ketiga-tiga suspek tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan judi siber.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, pelbagai peralatan yang dipercayai mengandungi perisian judi ‘online’ dan wang tunai RM250 dirampas dalam serbuan itu.

“Antara peralatan yang dirampas termasuk sembilan unit tablet, seunit CPU, 10 unit tetikus, seunit keyboard, seunit monitor dan wang tunai RM250,” katanya semalam.

Jelasnya, serbuan dijalankan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Limbang.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-UB
Premis Judi Siber Terus Digempur, 10 Individu Ditangkap Premis Judi Siber Terus Digempur, 10 Individu Ditangkap Reviewed by Unknown on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.