Seo Services

Maut Langgar Lari, Saksi Diminta Tampil


KUCHING: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kemalangan langgar lari di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga-Jalan Tabuan yang mengakibatkan seorang pelajar terbunuh, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi semalam apabila mangsa, Mohd Nazerin Shamshudin, 19, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Simpang Tiga dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) disyaki berwarna putih.

“Apabila sampai di lampu isyarat tersebut, mangsa dipercayai dilanggar dari belakang menyebabkan mangsa diseret sejauh kira-kira 67.9 meter sehingga mengakibatkan kecederaan parah di kepala dan badan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi tadi (semalam).

“Justeru, kita memohon saksi kejadian tersebut tampil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Mangsa yang berasal dari Taman Sourabaya Indah, Jalan Bako merupakan pelajar di Kolej Vokasional dan sedang menjalankan latihan industri di sebuah kafe di pusat bandar raya bermula Isnin lepas.-UB
Maut Langgar Lari, Saksi Diminta Tampil Maut Langgar Lari, Saksi Diminta Tampil Reviewed by Unknown on December 09, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.