Seo Services

Duta Besar Rusia Ke Turki Ditembak Mati



ANKARA: Duta Besar Rusia ke Turki, Andre Karlov ditembak mati di sebuah galeri seni di Ankara, media antarabangsa melaporkan.

Karlov pada ketika itu sedang memberikan ucapan apabila dia ditembak dengan lapan das tembakan oleh seorang anggota polis.

Menurut laporan, penembak yang berusia 22 tahun melaungkan sokongan kepada Aleppo ketika kejadian.

Penembak, bagaimanapun telah ditembak mati oleh polis selepas kejadian.

Insiden turut dirakamkan jurufoto yang berada di lokasi untuk pelancaran pertunjukkan seni yang ditaja kedutaan Rusia.

Karlov menyertai perkhidmatan luar Rusia pada 1976.

Mendiang sebelum ini pernah menjadi duta ke Pyongyang, Korea Utara pada 2001 ke 2006, dan memulakan tugas di Turki pada 2013.- Agensi
Duta Besar Rusia Ke Turki Ditembak Mati Duta Besar Rusia Ke Turki Ditembak Mati Reviewed by uMieySurianie on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.