Seo Services

Fesyen 'Ikan Mentah' Guna 100 Ekor Ikan Bawal


SEBUT sahaja nama Sarah Louise Bryan, pasti ramai dalam kalangan pereka fesyen mengenali individu wanita ini yang sememangnya tidak asing lagi dalam rekaan-rekaan fesyen berbentuk eksotik atau pelik.

Terdahulu wanita yang berasal dari Wakefield, England ini pernah menjadi sensasi kerana mereka pakaian daripada gula-gula Skittles dan juga bulu ari-ari.

Terbaharu, Sarah sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila menghasilkan pakaian daripada ikan mentah.

Jelas wanita itu, rekaan terbaharu yang dihasilkan itu adalah sebagai percubaan mereka sesuatu yang lebih gila berbanding yang dicipta sebelum ini.

“Semua orang menantikan sesuatu yang lebih menjijikkan dan inilah yang paling menjijikkan.

“Apabila saya pulang ke rumah saya tidak dapat menghilangkan bau hanyir dan berasa agak loya sejak itu. Saya rasa saya akan berhenti makan ikan buat sementara waktu.”

Tambah wanita itu lagi, idea gila itu memerlukan perancangan berbulan-bulan untuk dihasilkan dan berjaya disiapkan dalam masa lima jam menggunakan 100 ekor ikan bawal, ikan kakap, ikan kembung dan sotong yang diperolehi dari kedai di kawasan kejiranannya.

Pakaian itu kini disimpan di dalam bilik beku di kedai berkenaan yang terletak di Ossett, Yorkshire.

Penghasilan pakaian daripada ikan mentah itu merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Sarah untuk memberi kesedaran kepada para nelayan bagi mengelakkan pembaziran makanan atau bahan mentah. -MYNEWSHUB.CC
Fesyen 'Ikan Mentah' Guna 100 Ekor Ikan Bawal Fesyen 'Ikan Mentah' Guna 100 Ekor Ikan Bawal Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.