Seo Services

Penculik Mati Ditembak, Bekas Ahli Abu Sayyaf


KOTA KINABALU: Bekas ahli kumpulan militan Abu Sayyaf, Abraham@Ibrahim Hamid yang ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perairan Semporna, 8 Disember lalu, terbabit dalam beberapa siri penculikan di perairan pantai timur Sabah.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun dan pihaknya mengesahkan Abraham adalah bekas anggota kumpulan militan Abu Sayyaf.

"Hasil siasatan polis mendapati dia (Abraham) terbabit dalam beberapa kes culik untuk tebusan dan kita juga sedang menyiasat kemungkinan Abrahan terbabit dengan kumpulan itu.

"Sebelum peristiwa 8 Disember lalu, dia memang aktif melakukan kes penculikan," katanya dalam sidang media sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

Sehubungan itu, Abd Rashid berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan kawalan dan sentiasa bersiapsiaga untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negeri ini.

Dalam kejadian jam 9.51 malam, 8 Disember lalu, tiga penculik termasuk Abraham ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perairan Semporna, manakala dua lagi penculik ditahan dan dua lagi buru.-myMetro

Penculik Mati Ditembak, Bekas Ahli Abu Sayyaf Penculik Mati Ditembak, Bekas Ahli Abu Sayyaf Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.