Seo Services

Gempa 6.7 Magnitud Di Solomon Islands



SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud menggegarkan kepulauan Solomon, hari ini menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ini adalah gegaran kuat yang kedua dalam tempoh kurang dua minggu di negara kepulauan di utara Australia itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) menyebut gegaran itu berpusat kira-kira 120 kilometer dari bahagian barat laut di pulau Kira Kira dengan kedalaman 44km. Namun, ia tidak membabitkan ancaman tsunami.

Gempa ini menyusul dua minggu selepas gegaran kuat 7.8 magnitud yang memaksa ratusan penduduk kampung berpindah ke kawasan tanah tinggi.- Reuters
Gempa 6.7 Magnitud Di Solomon Islands Gempa 6.7 Magnitud Di Solomon Islands   Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.