Seo Services

Henti Viral Restoran Mamak Guna Daging Anjing

BUKIT MERTAJAM: Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia (PRIM) mendesak individu yang memuatnaik kenyataan di laman sosial mendakwa restoran mamak di negara ini menggantikan daging kambing kepada daging anjing, memohon maaf berhubung perkara itu. 

Timbalan Presiden, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak, berkata pihaknya mahu permohonan maaf itu dibuat secara terbuka di laman sosial Facebook milik individu berkenaan dalam tempoh tiga hari, sebelum tindakan undang-undang diambil. 

Beliau berkata, 320 pengusaha restoran nasi kandar yang berdaftar di bawah PRIM kesal dengan kenyataan yang dimuatnaik seorang pemilik Facebook bernama 'Udin Di Raja' yang disifatkan keterlaluan dan memberi kesan buruk terhadap perniagaan mereka. 

"Artikel ini sebenarnya mula tersebar luas di sebuah stesen televisyen di Tamil Nadu, India, sebelum ia diambil oleh individu berkenaan dengan menukar tajuk dan isi kandungan serta menyebarkannya sehingga menjadi viral.

"Perbuatan ini sememangnya memberi kesan kepada pengusaha restoran mamak di negara ini dan kita sudah membuat laporan polis untuk menyiasat kenyataan individu itu," katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Beliau berkata, selain pemilik Facebook berkenaan pihaknya turut meminta individu lain yang menyebarkan artikel itu supaya memadam semua status yang dikongsi berkaitan perkara berkenaan, selain meminta semua pihak supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu terbabit. 

"Restoran mamak di negara ini menggunakan 100 peratus bahan halal dan 80 peratus pengusaha mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Saya yang mengendalikan Restoran Nasmir mempunyai 13 sijil halal daripada JAKIM yang mana pengguna tidak perlu risau dan was-was menikmati makanan di premis kami," katanya. - BH
Henti Viral Restoran Mamak Guna Daging Anjing Henti Viral Restoran Mamak Guna Daging Anjing Reviewed by Azmin on December 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.