Seo Services

Ibubapa Bersyukur Anak Berjaya Kuasai Format PT3


KUCHING: Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 menyaksikan ramai pelajar di seluruh negara mencapai keputusan yang membanggakan dan pelajar berjaya menguasai format PT3 setelah tahun kedua dilaksanakan.


Erni Baylai, ibu kepada Raihan Haqime pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi Kuching turut merasa gembira dan bersyukur dengan keputusan anaknya walaupun format PT3 masih baru bagi pelajar.

"Raihan memperolehi 6A dan berjaya menguasai PT3 apabila pelajar sering berinteraksi bersama guru-guru yang mengajar.

"Format tersebut tidak sukar jika anak murid mengikuti setiap arahan yang guru bagi dan ia berjaya membentuk anak murid supaya lebih terbuka minda untuk menyelesaikan segala permasalahan tentang mata pelajaran selagi anak murid dapat bekerjasama dengan guru," katanya kepada Sarawakiana.


Bagi Syeliza Basri, ibu kepada Nimas Ginda Sari Akida, pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang memperolehi keputusan 8A turut berpendapat bahawa format PT3 adalah sesuatu yang positif dan tepat pada masanya.

"Format tersebut bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berfikiran ke hadapan sesuai dengan matlamat negara untuk mencapai negara maju.

"Pada masa sama ia mampu mencapai impian untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran bertaraf dunia," ujarnya. -Sarawakiana
Ibubapa Bersyukur Anak Berjaya Kuasai Format PT3 Ibubapa Bersyukur Anak Berjaya Kuasai Format PT3 Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.