Seo Services

Jalan Pesisir Pantai Turut Diberi Perhatian - Najib



SADONG JAYA: Akses jalan raya di Sarawak akan terus diperkasa bukan sahaja melibatkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tetapi tumpuan turut diberikan kepada jalan pesisir pantai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha kerajaan persekutuan meningkatkan perhubungan di Sarawak bukan terhenti setakat membina lebuh raya sahaja.

Menurutnya, pembinaan jalan pesisir pantai juga penting agar penduduk di kawasan pesisir juga dapat merasai nikmat jalan raya terbaik.

"Apabila kedua-duanya (lebuh raya dan jalan pesisir pantai) siap kelak, landskap di Sarawak akan berubah," katanya berucap merasmikan Jambatan Batang Sadong di sini, hari ini.

Najib berkata, antara usaha kerajaan melengkapkan jajaran jalan pesisir pantai adalah dengan pembinaan jambatan.

Selepas Jambatan Batang Sadong dibuka kepada orang ramai tambahnya, kerajaan telah meluluskan pembinaan Jambatan Batang Lupar.

"Jambatan ini akan menjadi jambatan terpanjang di Sarawak dengan kepanjangan 5 kilometer.

"Projek ini (Jambatan Batang Lupar) akan dibina dengan anggaran kos RM1bilion dan berada dalam proses pra pelaksanaan dan dijangka mula dibina awal tahun 2018," ujarnya.

Projek lain yang sedang dalam pembinaan ataupun sudah diluluskan secara prinsipnya merangkumi Jambatan Batang Samarahan, Jambatan Batang Igan dan Jambatan Batang Rambungan.-Sarawakiana
Jalan Pesisir Pantai Turut Diberi Perhatian - Najib Jalan Pesisir Pantai Turut Diberi Perhatian - Najib Reviewed by uMieySurianie on December 18, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.