Seo Services

"Jangan Jadi Macam Jamal Ye," Nasihat Siti Nurhaliza


TINDAKAN Datuk Seri Jamal Md Yunos pergi ke Pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya bertuala bukan sahaja menjadi perbualan rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Menerusi laman Instagramnya, Siti telah memuat naik gambar Jamal yang hanya bertuala sambil memegang gayung dengan kapsyen nasihat berbaur sarkastik.

“Jangan jadi macam jamal ye.. 👎👎👎 #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa,” tulisnya.

Berdasarkan hashtag yang digunakan di laman sosialnya itu, Siti memaklumkan kawasan perumahannya turut mengalami masalah ketiadaan air namun dia dimaklumkan mengenai krisis itu dan telah menyediakan air simpanan.

Rata-rata peminat dilihat turut menyokong pesanan Siti selain turut memerli tindakan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia itu di ruangan komen.

Semalam, Jamal dilaporkan memprotes di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dengan hanya bertuala serta membawa beberapa peralatan mandian.

Menurut Jamal, kedatangannya itu bertujuan mahu menumpang mandi di pejabat menteri besar. – MYNEWSHUB.CC
"Jangan Jadi Macam Jamal Ye," Nasihat Siti Nurhaliza "Jangan Jadi Macam Jamal Ye," Nasihat Siti Nurhaliza Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.