Seo Services

JPJ tawar pengurangan kompaun memandu tanpa lesen


KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan kadar kompaun kepada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu atau lesen telah tamat tempoh.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, pengurangan kompaun daripada jumlah maksimum RM300 itu ditawarkan secara berperingkat kepada pemandu kenderaan dan juga penunggang motosikal yang melakukan kesalahan itu.

"Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

"Namun demikian, sekiranya pesalah menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, kadar pengurangan bayaran akan ditawarkan kepada mereka," katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi motosikal, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun ditawarkan sebanyak RM100, 16 hingga 30 hari (RM150), 31 hingga 60 hari (RM250). - Bernama

JPJ tawar pengurangan kompaun memandu tanpa lesen JPJ tawar pengurangan kompaun memandu tanpa lesen Reviewed by Unknown on December 07, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.