KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi selepas mengaku bersalah memaksa isterinya meminum racun rumpai pada Jun lalu.
Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Abdullah Zaini, 36, setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Abdullah didakwa telah memaksa Syarifah Mohd Yusoff, 35, meminum racun di sebuah rumah beralamat di Kampung Pak Roman, Machang, pada pukul 6 petang, 2 Jun lalu.
Bapa kepada enam anak itu turut didakwa mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.
Tertuduh dibuat mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nuri Abd. Rahman. - K! ONLINE
Suami Paksa Isteri Minum Racun Dipenjara 3 Tahun
Reviewed by Unknown
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: