Seo Services

Kedai Serbaneka Dirompak, RM12, 000 Lesap


KUCHING: Sebuah kedai serbaneka 7-Eleven dimasuki perompak awal pagi semalam.

Insiden berlaku sekitar jam 7.35 pagi apabila dua suspek menyerang mangsa yang juga pengadu sedang mengira wang tunai di dalam bilik stor.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan berkata kedua-dua suspek menggunakan topi keledar, topeng dan parang yang dikimpal untuk melakukan jenayah tersebut.

“Pengadu sedang mengira wang tunai di dalam bilik stor premis berkenaan apabila dua suspek memakai baju seragam 7-Eleven masuk dan merampas RM12,000 daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Suspek melarikan diri menggunakan motosikal jenis Honda EX5.

Mangsa berumur 46 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abang Ahmad menambah pihaknya sedang memeriksa rekod bekas pekerja 7-Eleven dan latar belakang mereka untuk mencari padanan suspek.

“Polis sedang menjalankan siasatan,” katanya menambah.-UB
Kedai Serbaneka Dirompak, RM12, 000 Lesap Kedai Serbaneka Dirompak, RM12, 000 Lesap Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.