Seo Services

Kemalangan Maut Di Sarawak Menurun 6 Peratus


KUCHING: Jumlah kemalangan maut di negeri mencatatkan penurunan sebanyak enam peratus atau 353 kes setakat November tahun ini berbanding 359 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Mohd. Sarie Fauzi berkata, bagaimanapun, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat sebanyak satu peratus iaitu 397 kes setakat 11 bulan pertama tahun ini berbanding 396 kematian tahun sebelumnya.

"Jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya yang direkodkan di negeri ini turut menunjukkan peningkatan iaitu daripada 17,391 kes tahun lalu kepada 18,315 kes pada November tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri di sini hari ini. - K! ONLINE


Kemalangan Maut Di Sarawak Menurun 6 Peratus Kemalangan Maut Di Sarawak Menurun 6 Peratus Reviewed by Unknown on December 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.