Seo Services

Kereta Terputus Dua Di Sarikei


SARIKEI: Seorang penumpang wanita maut manakala dua pemandu kereta cedera ringan dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kereta di Kilometer 443 Jalan Betong/Sarikei/Meradong petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Dominic Josip Nyarui berkata mangsa maut dikenali Tiong Mee Chuo, 59.

“Mangsa merupakan penumpang hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun, dalam perjalanan dari Sarikei menuju ke Bintangor.

“Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati kawasan kejadian merupakan jalan lurus dan garisan tengah putus-putus, cuaca baik, keadaan gelap tidak berlampu dan pinggir bandar.

“Menurut keterangan saksi kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki mangsa hendak memasuki simpang.

“Ketika setengah daripada kereta telah memasuki simpang jalan, tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan merempuh kereta dinaiki mangsa,” kata Dominic dalam satu kenyataan di sini semalam.

Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terputus dua.

Mangsa cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sarikei.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan tersebut jam 6.50 petang.

“Ketika anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kilok Lampas bersama tujuh anggota dengan sebuah jentera pemadam tiba di lokasi mereka mendapati seorang penumpang wanita tercampak sejauh lima meter dari lokasi kemalangan.

“Berdasarkan situasi tersebut, anggota bomba bertindak mengalihkan mangsa menggunakan pengusung ke tempat lebih selamat sementara menunggu pihak perubatan tiba,” katanya.-UB
Kereta Terputus Dua Di Sarikei Kereta Terputus Dua Di Sarikei Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.