Lady Gaga mendedahkan pada masyarakat bahawa dia pernah mengalami penyakit ‘post-traumatic sindrome disoder’ (PTSD) dalam rancangan ‘Today’ lapor Huffington Post.
Menurut penyanyi yang cukup popular dengan lagu Poker Face ini, dia mula mengalami penyakit tersebut selepas dirogol ketika berusia 19 tahun.
"Saya menderita akibat penyakit mental, saya mempunyai PTSD. Tiada siapa pun tahu mengenai perkara ini.
"Namun, dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh doktor, keluarga dan rakan-rakan menyelamatkan saya. Ketika saya mencari jalan untuk menyembuhkan penyakit ini, saya dapati bahawa kebaikan adalah cara yang terbaik," kata penyanyi itu.
Sebelum ini, Gaga memberitahu dalam satu temu bual di ‘Howard Stren SHow’ bahawa dia pernah menjadi mangsa rogol ketika remaja.
Dia juga turut mengatakan bahawa dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu kisah pahitnya kerana tidak mahu orang ‘mendefinisikan’ dirinya.
Gaga kini kembali dengan album baru bertajuk ‘Joanne’ pada Oktober lalu setelah menyepi selama dua tahun. Dua lagu daripada album tersebut, ‘Perfect Illusion’ dan ‘Million Reason’ mendapat respon yang positif dari peminatnya.- MD
Lady Gaga Mengaku Pernah Dirogol, Hidap Penyakit Mental
Reviewed by uMieySurianie
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: