KUCHING: Sejak sekian lama penduduk menyertai projek penanaman sawit FELCRA, namun hingga kini penyertaan tersebut langsung tidak membantu dalam meningkatkan sosio ekonomi peserta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo menjelaskan, isu ini telah lama diketengahkan malah telah dipersoalkan di Dewan Undangan Negeri.
"Sehingga kini isu berkenaan masih kabur dan tiada penyelesaian di kedua belah pihak dan ramai peserta merungut.
"Nampak keterlaluan apabila pihak FELCRA tidak membantu meningkat ekonomi peserta apabila dividen terlalu rendah bagi peserta," katanya kepada Sarawakiana.
Sebelum ini ADUN Jemoreng Dato' Dr Juanda Jaya telah mengemukakan masalah yang sama dihadapi oleh peserta DUN Jemoreng.
"FELCRA harus menyemak semula kadar dividen apabila terdapat peserta yang hanya mendapat RM90 untuk seekar tanah.
"Memang tidak berbaloi bagi peserta kerana ia tidak membantu peserta langsung," ujarnya.
ADUN Saribas Razi Sitam yang dihubungi Sarawakiana turut menjelaskan bahawa ada mendengar rungutan peserta FELCRA di kawasannya.
"Saya belum lagi berjumpa dengan peserta kawasan dan mahu mendengar masalah ini daripada peserta terlebih dahulu.
"Tapi jika ia berlaku satu pendekatan perlu diguna pakai bagi membincangkan isu tersebut secara baik," jelasnya.
Menurut Razi, kemungkinan perlu dipinda kerjasama tersebut dan seharusnya dibincangkan antara wakil FELCRA dan peserta.-Sarawakiana
FELCRA Tidak Bantu Peserta Tingkatkan Ekonomi
Reviewed by Unknown
on
December 07, 2016
Rating:
Kasi tau bung Mukhtar, dia orang tidur makan elaun buta saja.
ReplyDelete