Seo Services

Santubong Simpan Artifak Berusia Lebih 1,500 Tahun


KUCHING: Selain kaya dengan keindahan alam semulajadi, Santubong sebenarnya menyimpan pelbagai artifak sejarah yang berusia lebih 1,500 tahun.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, untuk terus memulihara artifak tersebut, kerajaan negeri akan menambahbaik kemudahan di Taman Arkeologi Santubong yang menghimpun pelbagai artifak menarik.

Malah menurutnya, sejarah awal menunjukkan Santubong sebagai pintu masuk ke Borneo bagi pengaruh agama Hindu, Budha, pusat perdagangan dan Islam.

"Kita ada banyak artifak dan tapak bersejarah di Semenanjung Santubong. Kita mahu memelihara tapak sejarah ini bukan sahaja untuk pelancong tetapi kajian sejarah.

"Kita pergi ke taman arkeologi dan melihat penemuan sejarah awal Santubong merangkumi pengaruh agama dan sebagai pusat perdagangan," katanya pada sidang media selepas melawat Tapak Arkeologi Santubong di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Urbanisasi berkata, pihaknya akan bekerjasam dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk mengenalpasti langkah membina jalan dari Jalan Sultan Tengah ke Taman Arkeologi Santubong.

Pada masa sama menurutnya, kemudahan di Sungai Jaong juga dipertingkatkan agar dapat dihubungkan juga dengan taman tersebut.

"Apa yang kita lakukan adalah membina pusat informasi yang menerangkan mengenai sejarah kawasan ini," ujarnya.

Beliau menjangkakan kemudahan di kawasan tersebut dijangka siap selewat-lewatnya tahun 2019.-Sarawakiana



Santubong Simpan Artifak Berusia Lebih 1,500 Tahun Santubong Simpan Artifak Berusia Lebih 1,500 Tahun Reviewed by Unknown on December 07, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.