GOLONGAN wanita dan mereka yang memiliki kenderaan mewah perlu lebih berhati-hati apabila sekumpulan penjenayah mensasarkan dua golongan ini untuk menjadi mangsa samun di lampu isyarat.
Terbaru, seorang pengarah syarikat menjadi mangsa samun apabila kenderaan jenis MPV Toyota Vellfire yang dipandunya dikepung oleh sekumpulan enam lelaki di Simpang 3, Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Semabok, Melaka baru-baru ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Farah Syazila terkejut apabila cermin keretanya dipecahkan dan beg tangannya dilarikan penjenayah.
Kejadian tersebut dikongsikan seorang lelaki di laman Facebook selepas melihat insiden tersebut.
Penyamun Sasar Pemandu Wanita Di Lampu Isyarat
“Kes rompakan bersenjata tukul pecah batu dan pengejang/alas bangka, memang ‘Giler Kamikaze’ dalam 5 saat je. Simpang 3 Lebuh AMK Semabok, 75460 Melaka. Ragut beg tangan, 3 motosikal 125-Z.
“6 orang penjenayah, mereka gunakan tukul besi dan parang, pecahkan tinted kereta hitam itu, betul-betul la depan mata saya. Tergamam semua orang. Budak-budak kerja saya pun berani diacukan senjata masa nak tolong kakak tu… Mangsa Ibu kepada 5 anak.. Toyota VellFire Hitam plat WA☆☆☆..orang duyung…..kesihan betul..,” tulis lelaki tersebut.
Sementara itu, media tempatan melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, wanita tersebut antara enam individu yang menjadi mangsa samun dilaporkan dalam minggu ini.
Menurutnya, kejadian tersebut membabitkan enam lokasi berbeza iaitu di Bukit Serindit, Ayer Keroh dan Lagenda.
“Kita menerima laporan kes samun mebabitkan modus operandi yang sama iaitu mangsa didatangi tiga hingga enam lelaki menaiki dua hingga tiga motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.
“Penjenayah ini menyerang mangsa yang memandu berseorangan terutamanya wanita dan kenderaan mewah.
“Semua enam mangsa yang berusia 20 hingga 30 an termasuk seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dengan nilai paling tinggi berjumlah RM10,000,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. – MYNEWSHUB.CC
Samun Lampu Isyarat, Wanita Jadi Sasaran
Reviewed by Unknown
on
December 07, 2016
Rating:
No comments: