Seo Services

Lelaki Patah Kaki Kanan Selepas Tersepit


SRI AMAN: Seorang lelaki berusia 55 tahun patah kaki kanan selepas van yang dipandunya bersama tiga penumpang lain terlibat dalam kemalangan yang berlaku di KM22 Kampung Panggil, Jalan Sri Aman-Serian sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Pertembungan van dengan lori membawa muatan barang itu turut mengakibatkan tiga lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Aman bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota (bomba) bertindak menggunakan peralatan khas untuk merenggang pintu bahagian penumpang dan menggunakan 'Telescopic Ram' untuk merenggang bahagian 'dashboard' dimana tempat pemandu tersepit.

"Seterusnya mangsa dapat dikeluarkan dan mengalami kepatahan di bahagian kaki kanan," katanya.-Sarawakiana




Lelaki Patah Kaki Kanan Selepas Tersepit Lelaki Patah Kaki Kanan Selepas Tersepit Reviewed by uMieySurianie on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.